Wednesday, November 25, 2009

Pertolongan Cemas

Erti~
Bantuan sementara yang diberi dengan serta-merta kepada mangsa dengan menggunakan alat-alat yang boleh didapati pada masa itu sebelum mangsa dihantar ke hospital.

Tujuan~
Mengurangkan kesakitan, menyelamatkan nyawa dan mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Pelapik Cincin:
- Memberi perlindungan kepada luka yang terdapat benda asing di dalamnya atau patah terbuka.
-Dibuat mengikut ukuran besar atau kecilnya sesuatu luka.

Balutan Anduh Besar:
-Untuk menyokong bahagian yang tercedera.
-Bahagian lengan patut dicondongkan pada 20 hingga 30 darjah daripada garis melintang.

Balutan Anduh Tiga Segi:
- Untuk tulang rusuk yang patah rumit.
-Untuk menyokong bahagian tulang yang cedera dalam perjalanan yang jauh.
-Bahagian lengan tangan diletakkan lebih kurang 40 hingga 50 darjah condong
ke garisan melintang.

Balutan Kepala:
- Digunakan semasa mangsa mengalami kecederaan pada kepala.

Balutan Kaki/ Tangan:
-Digunakan semasa tapak kaki/ tangan mangsa telah cedera.

No comments:

Post a Comment