Wednesday, November 25, 2009

Pertolongan Cemas

Erti~
Bantuan sementara yang diberi dengan serta-merta kepada mangsa dengan menggunakan alat-alat yang boleh didapati pada masa itu sebelum mangsa dihantar ke hospital.

Tujuan~
Mengurangkan kesakitan, menyelamatkan nyawa dan mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Pelapik Cincin:
- Memberi perlindungan kepada luka yang terdapat benda asing di dalamnya atau patah terbuka.
-Dibuat mengikut ukuran besar atau kecilnya sesuatu luka.

Balutan Anduh Besar:
-Untuk menyokong bahagian yang tercedera.
-Bahagian lengan patut dicondongkan pada 20 hingga 30 darjah daripada garis melintang.

Balutan Anduh Tiga Segi:
- Untuk tulang rusuk yang patah rumit.
-Untuk menyokong bahagian tulang yang cedera dalam perjalanan yang jauh.
-Bahagian lengan tangan diletakkan lebih kurang 40 hingga 50 darjah condong
ke garisan melintang.

Balutan Kepala:
- Digunakan semasa mangsa mengalami kecederaan pada kepala.

Balutan Kaki/ Tangan:
-Digunakan semasa tapak kaki/ tangan mangsa telah cedera.

Saturday, November 21, 2009

Cogan Kata KRS

ILMU
Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS.

IMAN
Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.

AMAL
Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.

Pengenalan KRS

~ Pertubuhan Kadet Remaja Sekolah(KRS) diasaskan oleh Mohd. Thani Sha'aban.

~ KRS telah diluluskan pertubuhannya di sekolah-sekolah oleh Jemaah Menteri pada 18 Jun 1995.

~ Pelancaran penubuhannya disempurnakan oleh YB Dato' Sri Najib Tun Haji Abdul Razak* pada 20 Jun 1995 di Sen Men Raja Abdullah, Kuala Lumpur.





* Beliau merupakan Menteri Pendidikan Malaysia pada masa tersebut dan Perdana Menteri Malaysia sekarang.

Friday, November 20, 2009

Pencapaian KRS SMJK Ave Maria Convent,Ipoh

Tahun 2004

~Pertandingan Kawad Kaki (Johan Kesuluruhan)
~Mewakili Daerah Kinta ke Peringkat Negeri (Grik)

Tahun 2005

~Pertandingan Kawad Kaki (Johan-formasi)

Tahun 2006

~Pertandingan Kawad Kaki Sukan Tahunan (Johan)
~Pertandingan Kawad Kaki (Ketua Platun Terbaik)

Tahun 2007

~Pertandingan Kawad Kaki Sukan Tahunan (Johan)

Tahun 2008

~Pertandingan Kawad Kaki Sukan Tahunan (Naib Johan)
~Pertandinagn Kawad Kaki Daerah ( Tempat Ketiga)

Tahun 2009

~ Pertandingan Kawad Kaki Sukan Tahunan (Johan)

VISI Blog Rasmi KRS AMC

Inilah tahun pertama dan kali pertama Kadet Remaja Sekolah SMJK Ave Maria Convent, Ipoh mendirikan blog rasmi. Tujuan kami mendirikan blog adalah untuk memudahkan ahli-ahli KRS sekolah kami memperoleh maklumat di samping dapat menyebarkan sesuatu info secara pantas.

Logo KRS



Perisai : Benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.

Bulan dan Bintang : Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Dua Tangkai Padi Bersilang : Resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

Buku yang Terbukan dan Rehal : Peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Warna Hijau : Alam sekitar yang sihat.

Warna Merah : Keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.

Warna Kuning : Warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara.

Warna Putih : Keikhlasan serta kesucian.

Lagu KRS

Kadet Remaja Sekolah
Menuju Satu Ikatan Bersaudara
Bersatu Menjulang Keamanan Negara
Menjayakan Ilmu Iman dan Amal

Marilah Kita Menbina Peribadi
Membentuk Insan Yang Kreatif
Ke Arah Kecemerlangan Diri
Sepanjang Masa Yang Berterusan

Remaja Sahutlah Cabaran
Menjadi Bangsa Malaysia
Maju dan Cemerlang Remaja Berwawasan
Jangan Kita Lupa Kepada Pencipta

Remaja Hayati Budaya
Ilmu Iman dan Amal
Kekalkan Di Hati dan Jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah

Ahli Jawatankuasa KRS,AMC 2009/2010

Pengerusi : Koperal Chuah Jia Yuen

Naib Pengerusi : Koperal Lau Meng Yan
(juga Ketua Jurulatih)

Setiausaha : Koperal Sarah Maizura

Pen. Setiausaha : Koperal Au Lai Kei

Bendahari : Koperal Fan Hew Yeng

Pen. Bendahari : Koperal Kong Chee Kuan

Jurulatih Pertolongan Cemas : Koperal Ho Wei Xian

Jurulatih Ikatan dan Gejet : Sarmila A/P M. Salvan @ Murugan

Ketua Papan Kenyataan : Shirley Wong

Ketua Kawasan Angkat : Koperal Toh Yin Sen

Komandan : Sarjan Syahira bt Safuan Wong