Sunday, July 25, 2010

Discussion! pls give comments!

ATTENTION please~
is the blog skin nice?
need to change?
any comment to our new face of our KRS blog?
please do leave comment at the tagboard.

I really hope to get you all's comment~~

well, today onwards,
i'll be updating and maintaining the blog page...

nice to meet you all!
shin hui here.

feel free to drop by and leave some comment about this blog.

THANKS for cooperations.

Saturday, July 24, 2010

Official Co-curricular day meeting---24 July 2010

Today, we had our second krs meeting with our beloved juniors.
they are very good, polite.
well, actually it's the 2nd time that we met our juniors officially since the 1st semester we're just preparing for our marching competition... never mind..i hope that they can remember their seniors' name. HAH!

Syahira, Tham Gee Cheng and Jo Lin taught them the ikatan patiently today and they know how to do it! well, it's a success for them ~~hehe!

after the 15 mins break, they taught them the balutan...
all of them are so enjoy in it and we really had a great time together.

i hope that,
there is no border between
SENIORS and JUNIORS!
bt, juniors still need to respect seniors lar....

Friday, July 23, 2010

Pencapaian Kadet Remaja Sekolah 2004---2010

1. Pertandingan Kawad Kaki KRS Kinta 2004---Johan Keseluruhan

2. Mewakili Daerah Kinta ke Peringkat Negeri 2004 ( Gerik)

3. Pertandingan Kawad Kaki Kinta 2005---Johan Formasi

4. Lintas Hormat Kejohanan Olahraga Tahunan AMC 2006---Johan

5. Pertandingan Kawad Kaki KRS Kinta 2006---Ketua Platun Terbaik

6. Lintas Hormat Kejohanan Olahraga Tahunan AMC 2007---Johan

7. Pertandingan Kawad Kaki KRS Daerah 2008---Ketiga

8. Lintas Hormat Kejohanan Olahraga Tahunan AMC 2008---Naib Johan

9. Lintas Hormat Kejohanan Olahraga Tahunan AMC 2009---Johan

10. Pertandingan Kwad Kaki Daerah Kinta Utara 2010---Ketiga

11. Pertandingan Kawad Kaki Daerah Kinta Utara 2010---Ketua Platun Terbaik

12. Lintas Hormat Kejohanan Olahraga Tahunan AMC 2010---Naib Johan

Thursday, July 22, 2010

KRS AJK List 2010/2011

Pengerusi : Sarjan Tham Gee Cheng

Naib Pengerusi : Koperal Cheong Jo Lin

Komandan/ Ketua Jurulatih : Sarjan Syahira bt Safuan Wong

Pen. Komandan/ Jurulatih : Koperal Nishanthini a/p Moses

Setiausaha : Koperal Kee Mun Yan

Pen. Setiausaha : Koperal Khoo Hui Hsin

Bendahari : Koperal Ellyna bt Danial Faizal Chee

Pen. Bendahari : Koperal Khairunnisa bt Abdul Razak

Ketua Papan Kenyataan : Koperal Steffenie Chan, Koperal Koe Huey Mun, Koperal Sharon Wong He Yong, Koperal Monica Wong

Ketua Pengurusan Stok : Koperal Yee Wai Yean, Koperal Ng Mun Mun

Ketua Kawasan Angkat : Koperal Christina Pang Kang Jing, Koperal Ng Yee Ling, Koperal Chooi Shi Hui

Ketua Portal : Koperal Loo Shin Hui, Koperal Yap See Min

Wakil Ting.4 : Koperal Alexis Goh

Wakil Ting.3 : Koperal Nur Vanessa Shareez bt Abdul Rais

Thursday, December 31, 2009

Kompas

Jenis kompas:

- kompas mata angin

- kompas bearing



Semasa menggunakan kompas:

-jangan mencari beraing dekat dengan lombong bijih

-jangan diletakkan

Asas Kawad Kaki KRS

Dengan sini semua sekalian, apabila dapat hukuman tiga barisan di depan saya gerak. Skuad hendaklah sedia, berlari dan berbaris dalam tiga barisan di hadapan di tengah-tengah di mana saya menghadap. Faham tu skuad.(Faham) Jadi tiga barisan cepat gerak.

Jadikan tiga barisan
Hukuman: Skuad masuk baris

Kesalahan biasa:
- datang beratur tiada berlari
- bercakap-cakap
-barisan terlalu jauh atau terlalu rapat daripada jurulatih

Paras
Hukuman : Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan.........paras/ Yang tinggi ke kiri, rendah ke kanan, dalam satu barisan.........paras

Nombor
Hukuman : Skuad! Dari kanan ......Nombor!
Hukuman : Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah ke belakang......gerak
Hukuman : Orang kanan sekali, Diam, Nombor ganjil ke kanan, nomb0r genap ke kiri. Barisan kanan dan kiri......Pusing
Hukuman : Jadikan tiga barisan......Cepat jalan.
Hukuman : Ke kanan lurus.

Kesalahan biasa :
- tidak bilang nombor dengan cepat
- menyebut nombor dengan suara yang perlahan
- lupa nombor masing-masing

Sedia
Hukuman : Skuad,skuad......sedia

Kesalahan biasa :
-kedudukan yang keras dan menyukarkan pernafasan
-berdiri tidak tegap dan mata bergerak
-kaki dan badan tidak lurus serta tumit tidak rapat
-tangan bengkok dan terlunjur ke hadapan
-belakang tangan menghala ke hadapan
-badan senget ke kiri atau kanan dan badan tidak sama rata
-tidak memandang 200m ke hadapan
-semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapt dua bunyi

Senang diri
Hukuman : Senang ......diri

Kesalahan biasa :
-siku bengkok
-lutut tidak tegap dan tiada bertahan
-jarak kaki kanan dan kaki kiri tidak cukup 12 inci atau seluas ukuran bahu
-menggerakkan kaki kiri
-pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan
-jatuh tumit atau hujung kaki dahulu

Rehatkan diri
Hukuman : Rehatkan ...... diri

Kesalahan biasa :
-kedua-dua tapak kaki bergerak
-menggeliat dan bercakap-cakap

Membetulkan barisan
Hukuman : Ke kanan...... lurus
Pandang......depan

Kesalahan biasa :
-kaki dan bahu tidak sama rata dan badan condong ke hadapan semasa mengambil lurus
-pinggang lemah semasa kaki bergerak
-badan dan kepala tidak tegak
-siku bengkok
-turun tangan dengan lambat

Buka dan tutup barisan
Hukuman : Buka barisan......gerak
Tutup barisan......gerak

Kesalahan biasa:
-kedua-dua badan tidak rapat ke badan
-tidak mengambil cukup langkah ke hadapan atau belakang
-tangan dan bahu bergerak
-mata pandang ke bawah
-badan tidak tegak

Berpusing
Hukuman : Bergerak ke kanan, kanan......pusing ; bergerak ke kiri, kiri ......pusing; menghadap ke belakang, belakang .......pusing; menghadap ke hadapan, belakang ......pusing ; bergerak ke kiri, belakang ......pusing; bergerak ke kanan, belakang......pusing; menghadap ke belakng, kanan/kiri......pusing ; menghadap ke hadapan, kanan/kiri......pusing

Kesalahan biasa :
-badan berlonjak semasa berpusing
-tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing
-tumit bergerak dari tempatnya semasa berpusing
-kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki
-keberatan badan di atas kaki yang belakang
-menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki yang di belakang
-membongkokkan badan semasa merapatkan kaki yang di belakang

Bersurai dan keluar baris
Hukuman : Ber......surai
Hukuman : Keluar......baris

Kesalahan biasa ;
-bersurai tanpa memberi hormat kepada ketua dalam baris

Berjalan
Jarak langkah( ukuran dari tumit ke tumit )
~ Perlahan dan cepat jalan- setiap satu langkah 30 inci
~ Panjangkan langkah- setiap satu langkah 33 inci
~ Pendekkan langkah- setiap satu langkah 21 inci
~ Berlari- setiap satu langkah 40 inci

Masa berjalan
~Perlahan jalan- 65 langkah dalma satu minit
~Cepat jalan- 120 langkah dalam seminit
~ Cepat jalan 140 langkah dalam satu minit bagi semua pelatih
~ BErlari- 180 langkah dalam satu minit

Cepat jalan
Hukuman : Skuad, dari kanan/ kiri .......cepat jalan

Ingatan:
- Langgang tangan itu ialah daripada pangkal bahu hinggga ke hujung tangan, tingginya separas bahu.
- Langkah itu ialah dari pangkal paha hingga ke kaki.

Kesalahan biasa :
-lutut kendur
-lenggang tidak lurus
-hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit
-pinggang lemah, pandang ke bawah, dada terjengok dan semasa berjalan mengheret tumit.
-apabila berjalan dalam 3 barisan, jarak di antara barisan tidak sama dan turun naik tangan juga tidak sama

Berhenti
Hukuman : Skuad, skuad...... henti

Kesalahan biasa :
- bergoyang selepas berhenti
-badan tidak cukup tegak dan tetap selepas berhenti
-lurus, jarak , bersetentangan tidak betul selepas berhenti
-turun tangan terlalu lambat
- menangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan

Pusing ke belakang
Hukuman : Bergerak ke kanan/kiri, ke belakang......pusing

Kesalahan biasa :
- lutut bengkok semasa pusing
-membiarkan tangan berayun-ayun
-tidak mengangkat kaki cukup tinggi
-pergerakan berpusing tidak sama dengan masa berjalan

Tukar langkah
(cepat jalan)
Hukuman : tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah(ikut keperluan)

Kesalahan biasa :
-melenggangkan bahu dan tangan
- tidak membongkokkan lutut
-tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga

(semasahentak kaki sahaja)
Hukuman : tukar langkah

Kesalahan biasa :
-badan seolah-olah mengeliat
-terlalu pantas

Hormat semasa berjalan
Ke kanan hormat
Hukuman : Hormat, hormat ke kanan ...... hormat
hadapan hormat
Hukuman : Hormat, hormat ke hadapan......hormat

Kesalahan biasa :
-melenggangkan tangan dan bahu serta berjalan tidak lurus ke hadapan.




CPR- Cardiac Pulmonary Resasitation

Bantuan awal yang diberikan kepada seseorang mangsa yang mengalami kemalangan atau tiba-tiba sakit sebelum sampai ke hospital.


Tujuan melakukan CPR
-selamatkan nyawa
-mengelakkan kecederaanyang lebih teruk

Punca-punca Pernafasab Terhenti
-saluran terhimpit
-kecederaan pada bahagian kepala
-renjatan elektrik
-lemas
-strok

Proses CPR
1. D-Danger
-Pastikan kawasan persekitaran tidak bahaya.(keselamatan diri dan mangsa)
-Pindahkan mangsa ke kawasan yang selamat.

2. R-Responce
-Tepuk bahu mangsa dan jerit untuk memastikan mangsa sedar atau tidak( tidak boleh goyang badan mangsa)
-Minta tolong orang di sekeliling untuk panggil ambulans.
-Minta kebenaran daripada ahli keluarga atau kawan mangsa untuk bantuan.

3. A-Airways
-Dongakkan kepala mangsa.
-Pastikan tiada makanan atau benda lain di dalma mulut mangsa.

4. B-Breathing
-Look, listen, feel
-Periksa nadi
-Dua hembusan

5. C-Circulation
-Tekan 30kali di dada mangsa dan 2 kali hembusan ( 1 circulation)
-Masimum 5 kali circulation.
-Periksa nadi
(jika ada nadi sahaja- 12 hembusan seminit)

6. R- Recovery Position
-Tujuan: supaya mangsa boleh muntah, darah dalam saluran pernafasan mangsa dapat keluar.